Perasaan akan bercampur aduk bila teringat kawan kawan. Saat manis, saat duka. Sesaat bersama, pasti kenangan terbina. Walaupun duduk bersama tanpa sepatah kata.
Bukan senang bukan mahu rapat segala. Tapi bila sudah rapat, umpama hanya kita yang menguasai dunia. Tak kira lah, Selangor, Sarawak, Egypt, Kuala Lumpur, Johor semua sama.
Bergaduh, berselisih faham, circle dalam friendship tu. Teruk macam mana pun, ia akan kembali ke tempat asal, di mana ia bermula. Rasa sayang tetap terpahat walaupun marah menguasai. Kau fikir kau tak pernah fikirkannya. Bohong. Malah, sentiasa. Bezanya, semakin kita mengenali dan memahami friendship tu sendiri. Perasan tak?
“This is the end of our journey, our friendship.”
Kita sendiri tak puas hati bila ended up begitu sahaja tak setanding dengan apa yang telah di lalui. Persoalannya, adakah friendship ada penghujung? Huh, lawaknya. Ego. Sebalik keutuhan ego, tersimpan rasa rindu yang amat dalam terhadap friendship tu sendiri. Selalu dibiarkan sekeliling mengusainya.
Sebak rasa hati bila terkenang rakan rakan. Kenangan di setiap saat. How I miss them. So bad! Ya, suatu hari nanti kita akan hidup seorang juga tapi aku sendiri tak tahu bagaimana jika tanpa mereka kerana mereka terlalu indah. Sehingga saat ni, aku rasa kesakitan kehilangan sebuah persahabatan.
If you read this, I’m sorry. Please, I just want you back. Diri kau yang dulu tanpa di pengaruhi oleh apa jua keadaan. Diri kau yang sentiasa positive. Diri kau sebelum aku fly ke Sarawak yang sentiasa menjadi kenangan aku. Aku rindu yang dulu. Hanya dulu.
Eida, perhaps.
0 comments:
Post a Comment