*I'm not sure title tu ada kaitan atau tak*
Assalamualaikum.
Aku rasa bukan senang kan nak melupakan perasaan sayang dan cinta kalau dah ada. Sampai boleh down gila. Menangis? Jamin ada kan? Okay, admit saja. Tapi sampai bila nak bersedih dan berduka kan? Previous entry , pendapat sahaja. Ada juga orang tegur aku. "Macam mana kau boleh pula berkawan dengan EX?". Benda yang lepas kan. Tak salah berkawan. :) Alhamdulillah, setakat ni aku dengan mereka masih boleh duduk makan semeja, potluck dan menonton bersama. Tabah much? Erk, gigih kut. Herher :P
Dan, sangat berterima kasih kepada salah seorang kawan aku yang banyak sangat bersabar dengan aku. Dia sangat cool okay! Dan suka bergaduh dengan aku. Haih. I dah retired, penat. Tetibe teringat kenangan lama. Heh.
- Fly with me balik Kuala Lumpur (entah berapa kali buat perangai macam ni) sebab taknak biarkan aku kesorangan. Okay, tu sweet.
- Datang Sarawak sebab nak tengok Twilight dan lunch dengan aku. Okay, tu sweet.
- Ketuk pintu bilik hotel, jemput untuk dinner sempena graduation & birthday aku. Sempat bergaduh bagai. Okay, tu sweet.
- Malam malam kacau aku tidur dan dengar aku merepek. Mentang mentang time zone lain. Okay, tu cool. -___-"
- Makan ice cream Baskin Robin yang banyak gila flavor, lepas hujan pula tu. Okay, tu
coldcool.- Selalu buat rasa diri sempurna walaupun sentiasa merasakan tidak. Okay, itu cool.
- Berada disisi ketika aku memerlukan walaupun tiada siapa yang tahu. Okay, terharu.

0 comments:
Post a Comment