Sebalik 18ogos2011, 18 Ramadhan 1432H, Malam Jumaat.
Diakhir kehidupannya, arwah teringin macam macam makanan. Tak pernah kami tak menunaikannya. Kami sekeluarga seperti dapat merasakan kami akan kehilangannya. Pagi Jumaat lepas, seperti biasa aku menghantar atuk ke klinik. Atuk mengadu sakit tengkuk dan perut serta batuk batuk. Jiwa aku bergetar. Aku merasakan ada yang tak kena.
Sabtu dan Ahad pula, arwah enggan ke hospital. Namun pada hari Isnin, pakcik aku terus menghantar ke hospital dan arwah ditahan di wad. Selera makan atuk semakin berkurangan. Apa yang diminta hanya KOPI, kegemarannya.
Khamis petang sebelum berbuka, ayah call aku semasa aku bekerja. ATUK TENAT. Aku boleh control perasaan aku. Bila cousin aku text aku selang sejam kemudian, ATUK MENINGGAL, speechless.
Arwah dibawa pulang malam tu juga. Arwah terus dimandikan, dikafankan dan di solatkan malam tu juga. Alhamdulillah, abang aku, dan dua orang pakcik aku pangku kan arwah semasa di mandikan. Cucu cucu, ayah dan abang ipar aku turut terlibat semasa dimandikan, dikafankan dan di solatkan pada malam tu.
Keesokkannya, semua menatap wajah atuk untuk kali yang terakhir. Pada 0830, atuk di solatkan sekali lagi di halaman rumah aku beramai ramai. Alhamdulillah, lapang kawasan rumah. Lantas terus dikebumikan dan selesai segalanya pada 1000.
Aku terasa sangat kehilangannya lebih lebih lagi dalam sebulan ni aku yang hantar dia ke klinik. Bila aku drive sorang sorang, aku rasakan atuk ada disebelah, bercerita, seperti selalu. Sepanjang urusan pengebumiannya, segalanya MUDAH. Lebuhraya yang selalunya sesak, menjadi lengang. Urusan di hospital sekejap saja. Badan arwah pun ringan bila diangkat. Wajahnya seperti tidur nyenyak. Sehingga di kebumikan, anak anak dan cucu cucunya semua terlibat tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah.
Sepanjang kehidupannya, arwah sangat baik dan penyabar. Suka mengalah. Suka bergurau dan sangat humble. Seriously sangat baik. Aku bersyukur, aku tak pernah ketinggalan pada setiap urusan pengebumiannya.
Semoga rohnya di cucuri rahmat dan tempatkan di golongan yang beriman dan beramal soleh. Al Fatihah.
p.s: teringat kenangan masa kali terakhir pergi umrah dengannya & masa kecik kecik aku dan cousin aku suka picit picit badan dia dan cabut uban dia. :’(
Bai.

1 comments:
Al-Fatihah. Semoga Arwah Di Tempatkan Dikalangan Mereke Yang Beriman Disisi Allh S.W.T
Post a Comment