Akhirnya, semua sudah selesai. 2 minggu menghadiri kelas dan membuat ulangkaji untuk menghadapi peperiksaan dimana ia menjadi penentu masa depan semua bakal jururawat. Soalan sangat licik. Kena faham dan perlu berfikir sesingkat yang mungkin.

Sepanjang kelas memang macam azab sangat kerana setiap hari kena buat soalan sebanyak 150++. Brainstorming. Seriously, sampai loya & sakit kepala. Plus, kelas sangat padat. –____-“

Persediaan terakhir, sebelum peperiksaan, aku & classmates aku study di Tasik Shah Alam demi mengelakkan diri daripada TV dan benda benda yang melalaikan. Bunyi macam alasan kan? :P
Main UNO dahulu sebelum sesi pembelajaran. Ini harus untuk mencapai ketenangan yang maximum.
Serious betul.
Masing masing dah bergolek golek sebab nak belajar. Tekun benar. Harus demi keputusan yang cemerlang.
Terlalu fokus sampai tertidur. Eh eh, bukan. Dalam mimpi pun study juga. Aina ni tak faham pula aku dengan masalah dia. :P Selepas lunch, sambung study di Dataran Shah Alam.
Dah macam monyet pula aku tengok. Dah full sangat otak, suka buat benda pelik pelik.
Pagi peperiksaan, kereta rosak. Aku tak henti henti ketawa dengan Aina. Macam mana nak pergi exam? Akhirnya ayah suruh aku bawa Pajero. Rasa macam kelakar. Pakai UNIFORM dan bawa PAJERO. Terasa bawa bus/lori. Fine, rasa kerdil juga bila orang pandang. Pelik sangat ke perempuan bawa kereta besar? heh.
SELESAI!

p.s : semua ni adalah permulaan hidup. sebahagiannya aku dah harungi. cerita selanjutnya, masih jauh. menanti.
Bai.
2 comments:
babe :)
xbole bla.
siap cari tmpt nk study.
hahahaha!
style. style. :)
HAHAHA tengok orang lah sayang. ehh, macam mana hal business ni? HAHAHA
Post a Comment