Wednesday, November 4, 2009

Tips Membalut Buku.

 

 

 

Dikesempatan malam yang membosankan walaupun seharusnya wajib STU-DY-SE-BAB-THE-NEXT-PA-PER-TING-GAL-DUA-HA-RI, dengan rasa baik hatinya aku ingin berkongsi sesuatu dengan anda. HAHA.

 

MEMBALUT BUKU DENGAN JAYANYA.

 

Kebaikan membalut buku.

  1. Menutup segala cacat cela, koyak rabak, kesan adik adik kesayangan menconteng (padahal kau conteng sebab mengantuk dalam kelas, alasan!) dan kesan kesan sambal keropok lekor dan nasi lemak Makcik Senah depan rumah.
  2. Melindungi dari kekotoran degil yang harus dicuci dengan Vanish untuk hasil yang memuaskan. Ini adalah kegemaran mak.
  3. Mengambil hati buah hati atau lecturer sebab buku dorang dah CANTIK SANGAT KAU BALUT.  T_T . Tapi kalau kau pinjam kat library, tak payah mengada melainkan abang library tu handsome.
  4. Buku kau jadi handsome dan cantik. Phewitt, phewitt!

 

 

Keburukan membalut buku.

  1. Terbang duit kau sebanyak RM 1.50 membeli pembalut hadiah, minyak, tenaga dan kos kos sampingan.  (Habis duit PTPTN)
  2. Mendatangkan kecemburuan, iri hati, hasad dengki kepada fans anda. Err, takde kaitan.

 

Peralatan sukan dan kelengkapan.

DSC04385

Pembalut hadiah. Mengikut saiz buku, terma dan syarat.

(Yang memberi impak yang besar kepada orang ramai dan sanak saudara. Pastikan ada sticker SIRIM)

DSC04386

BUKU.

(Pelbagai buku bukan je seperti contoh diatas ye tuan puan  sekalian)

DSC04387

Gunting dan pita solofan.

(Jangan sekali kali amik gunting kain mak ye. Kalau takde gunting, boleh guna pisau atau parang. Kalau takde pita solofan, kau guna kanji jadikan gam. YES, I LIKE BABY)

 

 

Langkah langkah.

Step 1 :

Letakkan buku anda diatas kertas pembalut hadiah. Kasi sama dan rata. Jangan letak batu bata ye. Tak berhasil. Kemudian, lekat kat bahagian belakang buku seperti di bawah.

DSC04388

 

Step 2 :

Disebabkan pembalut hadiah terlebih panjang, so bagi mengelakkan pemotongan yang boleh menyebabkan pembaziran, aku lipat macam kipas (seperti gambar dibawah). Lipatan didalam haruslah di lekatkan supaya ia tampak lebih kemas dan bergaya seperti Shah Rukh Khan dan Amitabh Bachan. **wink wink**

DSC04389

DSC04390

 

Step 3 :

Lipat dan lekatkan bahagian depan (seperti gambar dibawah).

DSC04391

 

Step 4 :

Potong bahagian tengah tengah buku (lihat gambarajah dibawah) dan lekatkan selebihnya. SELESAI.

 

DSC04392

DSC04393

DSC04397

 

 

HASILNYA….

Bahagian hadapan.

Bahagian belakang.

 

Okay! Dah siap! Dah boleh pulangkan buku ni kat Madam Malati. HEHE maklumlah, buku pinjam je.

 

Sebarang maklum balas dan pertanyaan, boleh lah nyatakan di comment box or chat box.

 

P/s: lama dah tak buat p/s ni. hahahhahahhahhaha SUKA.

 

Bai.

0 comments: